25 Januari, 2011

IKUT KEJAHILAN

Kita sebagai hamba Allah, usahlah mengharapkan apa2 daripada kejahilan makhluk Allah. 50 tahun dahulu semasa kita di alam roh, tidak pernah kita harapkan bantuan hidup ini dengan PAS, UMNO, DAP, PKR atau sesiapa sahaja. Apabila kita hendak ...mati kelak, tiada suatu kuasa di dunia ini mampu menolong kita kecuali iman, taqwa, ikhlas, guru, rasul dan Allah.

Tugas kita menyampaikan perkara isi tauhid dan makrifah, bukan menagih simpati dunia, Rasulullah s.a.w di tawarkan bukit uhud sebagai emas, bukit sofa dan marwah sebagai emas untuk perjuangan Islam, namun ditolak. Kenapa? Kenapa Baginda menolak tawaran Allah, dan kita pulak menagih dunia daripada orang yang kita benci, laknat, sumpah seranah sebagai wirid harian. Hati, lidah dan perbuatan kita lebih banyak mengeluarkan kata benci kepada makhluk sedangkan semuanya milik Allah, bagaimana hati kita mahu suci sekiranya setiap perkataan kita dan ingatan kita semua tujuan kepada kebencian. Sedangkan kebencian itu tidak pernah diajar rasulullah s.a.w hatta kepada orang2 yahudi walaupun sentiasa mencari jalan membunuh nabi.

Syahadah ini merupakan intipati mengembalikan melayu kepada jalan tauhid, namun jika kita yang memperdagangkan dengan " PERJUANGAN ISLAM " pun mengembalikan kefahaman kepada tauhid kepartian serentak memperbanyakan sangkaan sekalian yang tidak seumpama kita sebagai jahat, mana mungkin dapat kita kenali kebaikan. Apatah lagi masih bebal dan tidak mahu mengerti pengertian MELAYU mengikut isi kitab. Masih berlegar di dalam benak jajahan azazil yangb tersumbat fahaman melayu itu sebagai bangsa, sedangkan ia merupakan darojah pangkat kebesaran kepada sekalian manusia menerima islam. Namun kita tetap berdegil dengan kefahamn jumud yang telah diasak dan dipahat penjajah mendefinasikan melayu sebagai bangsa tanah air api dan angin. Sebabnya kita tidak ada formula mengembalikan ketauhidan yang pernah dibangsakan kepada nama melayu yang bukan sekdar bangsa. Apabila lahir manusia2 yang telah merombak rungkai kejumudan tarah pahat penjajah, maka kita pulak menjadi orang yang di hadapn mempertahankan hujah penjajah yeng telah mendefinasikan melayu sebagai bangsa semata2. sebabnya formula kita dengan penjajah adalah sama iaitu mendaulatkan diri dengan rupa benda. Sedemikianlah perjuangan islam hari ini hanya berkisar kepada benda dan bukan agama, akhirnya perjuangan tersumbat kepada tidak mendapat habuan dunia bila dah dapat semuanya baiki belaka.

Nabi pernah ditawar menukarkan Syahadah dengan Ketua negara, Ibadah, pemerintahan, harta, wanita, pangkat dan darjah kebesaran. Semua itu nabi tolak, kemudian mengambil syahadah sebagai hala tujuan, kenapa? Jika menggunakan akal, bukankah apabila menjadi pemerintah, ketua negara, harta melimpah ruah semua itu boleh ditukar sekelip mata sebagaimana faham manusia yang mengaku beragama dan memperhjuangkan agama seperti hari ini? Kenapa kita tidak yakin dengan hadis baiah syahadah ini?:-

حدثنا عبد الله حدثني أبي حدثنا عبد الرزاق أنبأنا ابن جريج قال أخبرني عبد الله بن عثمان بن خثيم أن محمد بن الأسود بن خلف أخبره أن أباه الأسود رأى النبي صلى الله عليه وسلم يبايع الناس يوم الفتح قـــــال:-جلس عند قرلن مسقلة فبايع الناس على الإسلام والشهادة قال قلت وما الشهادة قال أخبرني محمد بن الأسود بن خلف أنه بايعهم على الإيمان بالله وشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم

Jika acuan nabi kita ambil acuh tak acuh dan yakin dengan acuan demokrasi...kenapa sedari dahulu Allah tidak memberi hukum demokrasi sebagai perjuangan nabi? Adakah kita seperti hindu mengambil tuhan yang ramai dan mengharapkan sokongan undi manusia mendaulatkan Agama Allah? kenapa Allah utuskan hanya seorang rasul namun menewaskan sekalian bala tentera kuffar baik di zaman Daud a.s, musa a.s, ibrahim a.s sehingga kepada Muhammad s.a.w?

Tiada ulasan: