14 Ogos, 2010

Ringkasan Tazkirah oleh Syaahil Hamid Ramadhan

Ringkasan Tazkirah oleh Syaahil Hamid Ramadhan

- Dalam Islam pokok ilmu yang besar ada tiga, dalam Kitab Matan Ghurbiyah:
o wata ‘alliman ilman as sahih tho ‘a tan iaitu ilmu yang mengesahkan taat. namanya ilmu feqah / ilmu syariat. Ada 5 rubu’ / cabang, iaitu:
a. ilmu bab taharah (bersuci)
b. ilmu bab ibadah
c. ilmu bab munakahad (nikah-kahwin)
d. ilmu bab muamalat (jual-beli)
e. ilmu bab siasah (pemerintahan negara)
o ilmu aqidah = wa ‘aqi datan. Dalam bab ini terbahagi kepada dua. kemudian dipecah kepada tiga. semua ada 5 bahagian.
o ilmu yang dibangsakan kepada gonyoh hati yakni menyucikan hati kepada bersih hati. ....Ada.... 4 rubu’ / cabang. 2 cabang fardhu ain dan 2 cabang fardhu kifayah.

- ilmu yang mengesahkan taat iaitu ilmu feqah / ilmu syariat. kita nak buat amal biar amal yang sah. buat amal banyak tapi tak sah tak guna sikitpun.
- Sebelum belajar ilmu taharah (bab bersuci) kena faham tentang air (air mutlak, air musyammas, air mustakmal, air mutanajjis). kena kenal najis – najis dan kenal hadas supaya tak lekat supaya buat ibadah sah taat. kena faham tentang tayammum.
- dalam bab ilmu ibadah. kena kenal sembahyang, puasa, zakat dan haji untuk kita buat ibadah. takut terjatuh dalam bab bida ‘ah dhola lah dan bida ‘ah karohah.

o Bida ‘ah Dhola lah iaitu kita tambah satu ibadah sama ada sunat atau wajib yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW, tidak dibuat oleh para sahabat dan tidak dibuat oleh ulama – ulama muktabar. Kerana ianya akan menjadi syirik / kufur, terkeluar dari Islam jadi sesat, jadi zindik. Sama ada menambah yang bukan wajib jadi wajib bukan asalnya daripada kaedah feqahnya atau kita kurangkan yang wajib menjadi tidak wajib.

o Bida ‘ah Karohah pula kita memberatkan yang ringan daripada yang wajib atau yang ringan daripada yang lebih berat. Misalnya: hari ni Jumaat. kita awal ke masjid, lepas solat tahyatul masjid kemudian tok bilal azan, kita pun bangun buat sunat sebelum jumaat 2 rakaat. Lepas solat jumaat, oleh sebab ada hal / kerja maka terus balik rumah tak buat sunat selepas solat fardhu jumaat. Hukumnya bida ‘ah karohah, sebab solat sunat sebelum jumaat hukumnya ghoirul muakkad tetapi solat sunat selepas fardhu jumaat itu hukumnya sunat muakkadah. Begitulah juga dalam solat maghrib. Ini hak kita kena kenal dalam bab ibadah.

- dalam bab munakahad. kadang – kadang kita belajar ilmu nak menikah tetapi tak belajar ilmu tentang bab cerai dan ilmu sebab jatuh talak.
o contohnya: kita menyerupakan anggota tubuh isteri kita dengan mak kita atau dengan mahram kita, dengan adik / kakak kita. Maka jatuh hukum zihar dan kita kena puasa 60hari berturut – turut atau beri makan 60 orang.
o Contoh: kita pergi dengar ceramah. dalam ceramah tu kita dengar orang ni kata orang tu kafir dan orang tu kata orang ni kafir. kitapun kata: serupa mamak tu kafir. Dalam kita tak sedar jatuh dah Islam kita. Maka jatuh talak isteri kita, kita tak tersedar. Apabila kita murtad maka tertolaklah isteri kita secara tak sedar. kita balik rumah, kita buat macam biasa jugak, macam isteri kita lagi. Lepas tu keluar anak – anak macam mat rempit, bohsia dll (yang tidak baik perangai / tingkahlaku). Kita dok marah kepada mereka tapi tidak sedar punca dari kita. Kita melahirkan orang – orang ini dengan cara yang tidak betul. Hal ini berlaku sejak 1983 dan berlaku hingga hari ini. Masalah mengkafirkan jiran berlaku sejak 1983 sehingga ke hari ini. kita tak sedar sebab itu habis punah ranah masyarakat.
- dalam bab lian. bab elat. kita kena belajar dalam bab ilmu munakahad ni.

- Lepas tu kita kena tahu bab muamalat (jual-beli). kena tahu cara – cara nak berniaga. cara – cara nak membeli barang.
o dalam mazhab shafi ‘ie, kena tahu hukum jual-beli ada 5 perkara. bukan boleh suruh budak – budak kecil, hukumnya riba’. kena pula membeli yang tidak ada akad jual-beli. kita marah ke riba’ tetapi hari-hari kita terlibat dengan riba’. Lihat di dalam Kitab Mutlo ‘al Badri.

- Lepas tu baru cerita bab ilmu siasah yakni bab pemerintahan negara. Dalam pemerintahan negara pertama sekali kita kena faham kaedah ekonomi, ketenteraan, keselamatan dalam negara, hukum jenayah, hukum hudud, hukum qisas dan hukum takzir. ilmu ni biasanya pemimpin je kena faham sebab ilmu ni ilmu fardhu kifayah.

- Itulah dia: wata ‘alliman ilman as-sahih tho ‘atan iaitu hendaklah kamu tuntut ilmu yang mengesahkan taat. Bermula dari situ kena lihat dulu, yang aku nak buat / nak dengar / nak bercakap ni hukumnya apa dia ? wajib ke, sunat ke, harus ke, makruh ke, haram ke ? Bila orang dah baligh dia tak boleh lari dari hukum syara’ tersebut itu. Tidak sempurna hukum syara’ tersebut melainkan ada syara’ wadho ‘i nama dia iaitu syarat, sebab, mani’, sah dan batal.

o contohnya: sembahyang isya’ hukumnya wajib. kemudian datang uzur bagi perempuan, atau bagi laki-laki mari mani’ misalnya kena tahi cicak. boleh sembahyang atau tidak ? jawabnya tak boleh buat sembahyang sebab ada mani’ walaupun hukum asalnya wajib, kena tengok dulu hukum wadho ‘i. Maka nak sembahyang, yang perempuan kena bersuci dulu, kena mandi hadas dulu. yang laki-laki pula kena basuh dulu tahi cicak ataupun ambik wudhu’ semula.

- Dalam bab ilmu aqidah = wa ‘aqi datan. Dalam bab aqidah tambatan diri kita dengan Allah SWT dengan ilmu untuk kita bezakan antara makhluk dengan tuhan. Kita boleh kenal dan kita boleh beza dengan Tuhan. Ini kita panggil ilmu akal supaya kita dapat beza yang mana makhluk dan yang mana Tuhan supaya kita tidak sembah makhluk.

o apa makna Tuhan ? Maknanya: terkaya ia daripada barang yang lainnya dan berkehendak barang yang lainnya kepadaNya (yakni Tuhan).

o Syarat nak kenal Tuhan ke tidak, kena ada 3 ciri. Pertama: dia jadikan alam ni tak pakai alat (wasitah). Kedua: jadikan alam ini tak ambil faedah daripada dia (yakni alam). Ketiga: harus dia menjadikan alam. dia nak jadi boleh, dia tak nak jadi pun boleh. tidak ikut kehendak kita. Tidak ada sangkutpun apa yang kita minta dengan apa yang Tuhan nak beri. tak boleh kata, sebab aku minta rm10 maka Tuhan beri ke aku rm10 misalnya. Tetapi kenapa kita minta jugak ? sebab tugas kita sebagai hamba, meminta.

o Nak jadi hamba ni kena ada 3 perkara: pertama: teguh cita – cita, kedua: ada rangkaian doa, ketiga: ada ikhtiar-usaha. Tidak boleh buang salah satu apabila dia tu bergelar hamba.

- wamuqostia qolbi hai tsu lat iaitu ilmu yang dibangsakan kepada gonyoh hati kepada bersih. Macam kitalah, kalu nak basuh baju tak boleh guna arang walaupun arang boleh guna untuk gonyoh gigi. ilmu ke-3 ini ilmu untuk membersihkan hati, ada 4 rubu’ / cabang. 2 fardhu ain dan 2 fardhu kifayah.

- Fardhu ain. Pertamanya kita kena kenal jahat hati. Sebelum kenal jahat hati kena kenal punca terbit jahat. Punca terbit jahat itu daripada darah yang bercampur iblis. Punca darah bercampur iblis pasal tok nenek kita terima ilmu secara bersyarat.

o ciri – ciri ilmu bersyarat. manusia nak jadi raja / panglima / pendekar / hulubalang / tok mudim / tok pawang (jaga kawasan) / tok bomoh (umum) / tok dukun (khusus)
- ilmu bersyarat kerana terlibat perjanjian dengan jin sama ada jin kafir, jin fasik atau jin islam. Dalam bab aqidah semuanya ini termasuk dalam syirik.

- Penyakit yang paling lekeh apabila terlibat dengan jin ini ialah buruk sangka. Ini penyakit yang terbit dari saka-baka. Orang lain dak kena belaka, kita sorang je yang kena. tok gurupun kita kata dok kena jangankan anak murid. dok berdengki sesama sendiri. dok cemburu dak tentu pasal. inilah masalah dalam masyarakat.

o kalau ada 5% maka kalau tok guru, dia akan kata tok guru lain dok betul belaka. kalau ustaz gitu jugak. kalau tok bomoh gitu jugak. kalau engineer pun gitu jugak. dia sorang je yang betul, orang lain dak betul belaka.

o kalau ada 25% kuat maka dia akan jadi panas baran. lambat tersalah, nak pukul saja. jadi garang. masa baik, baik sangat. kalau mari marah sampai tak sedar ke diri. kalau pukul anak dak sedar rotan di tangan.

o kalau ada 50% kuat maka dia akan jadi serupa tok atau keturunan yang dulu. tidak belajar tetapi pandai. tidak belajar silat boleh bersilat. tidak belajar bomoh tetapi boleh bomoh (berubat orang). tidak belajarpun. dulu gitu sekarang ni pun gitu jugak tetapi pandai.

o kalau ada 75% kuat maka (kebiasaannya) anak cacat. antaranya penyakit down sindrom, ....cuba.... tengok lah.. Paling kurang anak dia exzyma atau cacat.

o kalau ada 100% kuat maka kalau isteri mengandung 9 bulan, tiba – tiba kita bermimpi orang nak mari ambik anak. mimpi tok guru / tok kenali datang ambil anak, selepas itu anak dalam kandungan hilang. ....Ada.... 5 bulan / 6 bulan mengandung tapi anak tiba – tiba hilang. tak ada di dalam perut. Kalu ada penyakit ni jadi wajib berubat sebab telah jatuh rosak aqidah, rosak syariat dan rosak akhlak. Kena berkira bab berubat dulu !

- Buang dulu segala sifat tercela (mazmumah). Nak buang macam mana ? Jangan bagi ada sedikitpun. dan kemudian diganti dengan sifat terpuji (mahmudah).

- Selepas daripada itu barulah boleh kita cerita bab maqam dan martabat. Barulah boleh cerita pasal murabbi. barulah boleh cerita pasal rabitoh dan wasilah.
- kini orang panggil ustaz. orang panggil tok guru atau orang panggil kiai. tetapi sebelum 700 tahun diperintah oleh penjajah orang panggil murabbi.

o murabbi maksudnya pendidik rohani dan jasmani seorang guru kepada murid. atau ada jugak orang panggil muaddi iaitu orang yang mentarbiyah murid dia supaya beradab. ataupun ada orang panggil ahli rabbani iaitu orang yang menjadi wakil Allah untuk memperkenalkan Allah kepada manusia dan menjadi wakil manusia untuk membawa manusia kepada Allah. sesuai dengan firman Allah Taala: duribat ‘alaihi zillatu ainama tsu qi fu bi hablin minallah wa hablin minannas. ataupun orang panggil ‘mursyid’.

o Allah SWT kata ‘celaka’ kepada orang yang tidak ada hubungan dengan Dia dan tidak ada hubungan dengan manusia. Yakni hubungan dengan manusia untuk mengajak mengenal manusia kepada Allah Taala. iaitu orang – orang mukmin yang mengajak manusia kepada Allah.

o Sesungguhnya, Allah Taala menjadikan manusia 2 derajat. Pertama: Allah jadi manusia sebagai sebaik – baik kejadian (ah sani taq wim) yakni martabat. Kedua: Allah jadikan manusia sebagai sejahat – jahat kejadian, lebih jahat daripada tumbuh-tumbuhan, tanah, binatang yakni martabat manusia ini.

Kesimpulan: Oleh kerana kita nak jadi baik maka kita kena cari murabbi.

- Orang nilah yang kita akan jadikan sebagai rabitoh dan wasilah. makna Rabitoh dari perkataan robtun yakni tempat kita tambat diri kita untuk sampai kepada Allah.

o Pada suatu hari Syeh Daud Fatani tengah gobek sirih. Hebatnya Syeh Daud ni dia mengajar tak pakai kitab tetapi dia boleh tahu muka ....surat.... berapa, perenggan berapa. Antara kitab karangan beliau ialah Kitab Minyatul Musalli, yang mana dia pakai jari telunjuk dia untuk mengarang. cahaya dia dari kuku dia, dakwat dia keluar dari jari telunjuk dia. Raja Melayu pada masa itu tak berapa yakin dengan kitab dia tu. Maka dia masuk ke bilik Syeh Daud di Mekah, dia tengah mengarang kitab pakai jari telunjuk je. ada ke orang masa ni, boleh buat begitu ? Sebab itu tok guru dulu, dah meninggal beratus tahun tetapi kitab dia masih orang menadah (mengajar-belajar). Inilah contoh murabbi, Syeh Daud Fatani orang yang jadi pendidik.

- Apabila kita nak mengaji satu – satu bab dalam ilmu agama ni dia ada ma badi 10. Kena tanya 10 perkara dulu. kena ada tok guru. baru tak terbabas
o Istilah. kena tahu makna Rabitoh. makna dari segi syara’ dan makna dari segi bahasa.
o Hukum belajar tu apa dia ? wajib / sunat / harus / makruh / haram.
Rabitoh itu adalah guru dan wasilah itu martabat pada guru.
dari segi bahasa, Rabitoh ialah tempat kita tambat diri kita untuk belajar. belajar tengok, belajar cakap dan belajar ikut. dan belajar yang paling hebat ialah aku dengar dan aku nak ikut (patuh / taat).
wasilah pula martabat. sampai tak kepada Allah ?

o Zaman Rasulullah. ada seorang sahabat jumpa dengan Rasulullah SAW nak ganti Bilal azan. Saidina Bilal bin Rabah ni orang kulit hitam – orang arab badwi. “Ya Rasulullah boleh dak aku nak ganti satu waktu dalam sehari”. Rasulullah kata tak boleh. tak apalah, boleh dak satu kali je seminggu. Rasulullah kata tak boleh. sebulan sekali. Rasulullah kata tak boleh. setahun sekali. Rasulullah kata tak boleh. Ya Rasulullah, zaman mu ni. aku nak ganti Bilal sekali je seumur hidup. Rasulullah kata tak apalah. lalu dipanggil Bilal. Bilal subuh nanti berilah kepada dia ni untuk azan”. ni cerita sahabat Rasulullah.

o Ditanya murid kepada Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani, “apa bandingan tuan syeikh dengan Rasulullah SAW dan apa pula bandingan dengan sahabat Rasulullah SAW”. Jawab syeikh: “Bandingan aku dengan Rasulullah SAW, kalau Rasulullah SAW itu Bukit Uhud aku ni debu di kaki Bukit Uhud. Itu Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani yang boleh kata: “qodami ha za ‘ala roqobatin kulli waliyyin” iaitu setiap batang tengkuk para wali duduk di bawah tapak kaki dia belaka. Ulama’ – ulama’ sufi terjemah semua wali dari zaman Nabi Adam sampai kiamat, semua wali duduk di bawah kaki Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani belaka. Lihat di dalam Kitab Yaqozah karangan Syeikh Ahmad Tijani. Doh bandingan mu dengan sahabat. Kalau sahabat itu kuda, aku ni debu di kaki kuda.

o Yang nak azan ni sahabat. Sahabat yang seangkatan dengan Bilal. Orang yang berkorban yang tak ada bandingan dengan kita ni. Lalu tiba waktu subuh, diapun azan. semua orang puji sedap. orangpun ramai – ramai sembahyang subuh di masjid Nabawi. Jadi bila dah sudah selesai sembahyang semua sekali. Jibrailpun turun. “Ya Muhamad, kenapa mu dak sembahyang subuh lagi hari ni”. Rasulullah SAW kata habis dah kita sembahyang. Lalu kata Jibrail, kenapa azan dok dengar di langit ? Azan sahabat tadi hebat tu tak dengar di langit. tu sahabat azan. kalu kita ?

Nak hebat macam mana ? Kalau ada satu kalam terbit dari lidah kita, pada hari itu mengumpat (cerita aib saudara kita – cerita yang betul). amalan kita tidak naik ke langit. sampai langit pertama, penjaga pintu langit dah lontar ke bawah.

Macam tupun (sahabat tadi) tidak masuk dalam kalangan yang dimuliakan di langit !

- Tok guru yang kita nak cari, tok guru yang boleh beri semua benda. macam mak beranak ke kita, ada dia beranak sikit – sikit. tangan dulu, lepas tu lengan... atau masa akad nikah, boleh akad nikah sikit – sikit. misalnya nikah pipi je dulu.. ataupun kita dapat masuk universiti. boleh kita hantar kepala dulu, tubuh tak payah lagi... boleh ?

- Kita nak cari tok guru yang boleh beri satu benda yang ada belaka di dalamnya tu. agak – agak benda apa ? Dalam satu benda, ada belaka yang lain – lain. contoh: kalu beri sembahyang, ada puasa dalam tu ? atau tak payah sembahyang dah pasal dah ada puasa, boleh ?

o Kena cari tok guru yang boleh beri belaka. semua benda. ada ratib, ada wirid dan lain – lain lagi dan ada tuntutan ibadah iaitu ada sembahyang, ada puasa, ada zakat, ada haji. ada tuntutan jihadu bil mal dan ada jihadu bin nafs.

o Sebab Allah jadikan kita ni sebab kita sanggup terima tuntutan. Dalam hadis qudsi: Allah Taala mempelawa kepada Nabi Adam, mu nak dak agama ? Bukan Allah Taala paksa terima agama. Nabi Adam kata kalau aku terima agama ni aku boleh apa ? Lalu Allah Taala berfirman kalau mu buat baik mu boleh syurga, kalau buat jahat mu boleh neraka. Nabi Adam dak nampak neraka pasal dia duduk di syurga dah. Adam kata kalau boleh syurga aku nak lah. Nabi Adam ni alhamdulillah belaka, buat baik alhamdulillah. buat jahatpun alhamdulillah sebab dia berasal daripada syurga. Orang dalam syurga semua syukur. semua alhamdulillah. Maka diapun terimalah agama.

o Tetapi sayang. Kita ni terima doh amanah agama kemudian kita kufur pulak (bila menjalani hidup dan kehidupan dunia). Maka sebab itulah kita kena cari Rabitoh dan wasilah yang akan membawa kita balik kepada Allah SWT. “Hendaklah kamu beserta dengan Allah. Kalau kamu tidak boleh beserta dengan Allah hendaklah kamu beserta dengan orang yang beserta dengan Allah, nescaya dia akan bawa kamu kepadaNya”. Itu sebab kena cari Rabitoh dan wasilah supaya ditarbiyah ikut yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW.

Rabitoh tempat kita terima agama.
Jadi perhimpunan segala juzuk – juzuk alam dan seisinya (terhimpun madah makni alam dan seisinya) berada pada Dua Kalimah Syahadah. sebab itu kena terima bai ‘ah kalimah syahadah.

1 ulasan:

Tun Terawis -16 U.K berkata...

--------------------------------
-Kita sering bercakap pasal ketuanan Melayu, tetapi apabila mengajak kepada melayu bersanad kita takut, kita sering bercakap pasal Islam, tetapi bila ajak kepada islam bersanad kita lari...sedangkan Melayu dan islam itu bersanad.
- Baik masuk melayu bersanad daripada masuk islam tak bersanad, atau kekal di dalam islam yang tidak bersanad. Jemaah Di malaysia kini yang menempati jemaah Rasulullah s.a.w akhir zaman merupakan Jemaah Warga melayu.
--------------------------------
Jemaah Islam adalah Jemaah yang mempunyai jalan masuk dan jalan keluarnya adalah murtad. Bermakna jemaah Islam mempunyai jalan masuk tetapi tiada jalan keluar.
----------------------------------
Mereka yang mempunyai kenyataan Ar rahman dan ar rahim di zaman sekalaian rasul, sahabat dan thobi'in ialah mereka yang mempunyai salasialah, sanad rabitah dan wasilah berpaksikan musyafahah dan talaqqi.
----------------------------------
jangan hanya jd islam ikut-ikutan atau islam keturunan.. islam perlu mewarisi secara berhak.. baru layak jadi khalifah.
--------------------------------