24 Ogos, 2010

PAYUNG WALI ALLAH

WALI, Siapakah mereka?
Assalamualaikum w.b.t.

Selamat berjumpa lagi di ruang perbincangan dan perkongsian ilmu ini. Pada kali ini ana ingin membincangkan mengenai keWALIan dan siapakah mereka. Pada mulanya tajuk ini amat berat bagi ana kerana faham-faham lah sebagai manusia awam taraf keWALIan amat sukar dan terlalu jauh bagi ana. Namun digerakkan juga jari jemari bagi menyempurnakan amanah "sampaikan dariku walau satu ayat' maka ana gagahkan juga menulis serba ringkas mengenai keWALIan ini dan akan di sambung dari semasa ke semasa sehingga selesai sekadar kemampuan ana.

Ana begitu tertarik dengan kisah seorang wali Allah yang bernama Abdul Wahab Syaqrani. Bagaimana beliau diangkat menjadi wali dan siapa Guru Mursyidnya sehingga beliau menjadi wali. Ramai dalam kalangan kita mengatakan keWALIan ini dapat dicapai dengan penguasaan ilmu Syariat, thariqat dan hakikat. Dan ramai yang masih belum pon memahami apa sebenarnya yang dikatakan sebagai ilmu Syariat, Thariqat dan Hakikat tersebut. Maka pendapat orang awam selalunya mengatakan bahawaWALIan itu dicapai berdasarkan taraf ketinggian ilmu seseorang.

Kisahnya bermula begini. Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terkenal sebagai seorang ulama Mujtahid pada zamannya dan mengajar di Masjidil haram yang dihadiri oleh ribuan murid. Pada satu hari beliau terdengar perbualan murid-muridnya mengenai seorang tukang susun kasut di Majlis pengajian beliau. Kata Murid-muridnya si tukang susun kasut yang bernama Ali Khawas itu tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut untuk disusun ketika menerima kasut-kasut mereka dan tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut ketika mengembalikan kasut-kasut mereka. Kejadian ini sungguh ajaib kerana berlaku di Majlis pengajian yang dihadiri ribuan manusia.

Pada satu hari, berjalanlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani melintasi Ali Khawas. Ketika itu keluarlah dari mulut Sheikh Abdul Wahab Syaqrani ;

لَا جَعَلَ اللُهُ وَلِيًّ جَاهِلًا
"Allah tidak menjadikan orang bodoh sebagai kekasihnya"

Maka jawab Ali Khawas dalam keadaan merendah dir;

"Jika berkehendak Allah melantik seseorang menjadi kekasihnya, diajarkan akan mereka ILMU"

Dan dari detik dan ketika itu berlarutanlah pendebatan antara mereka berdua selama beberapa hari. Sehinggalah tiba pada satu malam Jumaat, Sheikh Abdul Wahab Syaqrani seperti biasa pulang ke rumahnya selepas mengajar kuliah selepas isyak di Masjidil Haram. Apabila terpandang keayuan wajah isterinya maka naiklah syahwat sheikh tersebut. Puas dipujuk dan dirayu isterinya tetap tidak mahu melayan kehendak syahwatnya. Akibat terlalu tinggi keinginan si suami maka si isteri memberi syarat. Si suami menjadi keldai dan si isteri menunggang selama tujuh pusingan mengelilingi bilik tidur mereka. Akibat terlau letih Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terlelap dan apabila terjaga beliau sudah terlepas dari sujud sajadah pada kebiasaanya di Masjidil Haram. Oleh kerana masa terlalu suntuk bagi memulakan majlis pengajian beliau maka dengan tergesa-gesa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani bergegas ke Majidil Haram. Rutin dan kebiasaan Sheikh Abdul Wahab Syaqrani apabila terpandang Ali Khawas tetap diteruskan;

"Allah tak latik orang bodoh menjadi kekasih"
Jawab Ali Khawas:

"orang alim tak malu, sebab terlalu tinggi syahwat sanggup jadi keldai kepada isteri. Datang mengajar tak mandi hadas"

Terkejutlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani kerana tukang susun kasut jumut pada pandangannya dibuka mata hati oleh Allah mengetahui perkara-perkara tersembunyi. Dari saat itu bertaubatlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani pada ketika itu sudah menjadi ulama' terkenal hafal al-Quran dan Sunan Sittah melutut kepada seorang wali Allah si tukang susun kasut selama 40 hari bagi diterima menjadi murid.

Sheikh Abdul Wahab Syaqrani dilatih selama 40 hari oleh Ali Khawas dan selama 14 hari Ali Khawas melarang muridnya itu bersolat dan sebagainya cuma boleh menurut perintahnya sahaja yang mana kebanyakan perintahnya dianggap kotor dan haram oleh kebanyakan manusia awam. Selepas selesai latihan selama 40 hari Ali Khawas memaksa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani menjual semua kitab dan hasil jualan disedekahkan kepada Fuqara'. Kemudian Sheikh Abdul Wahab Syaqrani diperintah mengajar seperti biasa tanpa kitab. Walaupun menolak Ali Khawas tetap mendesak dan ketika mula beliau hendak mengajar muncullah Rasulullah membimbingnya pada alam Rohani.

Maka terkenal ke seluruh murid-murid Sheikh Abdul Wahab Syaqrani keakraban dengan gurunya tersebut dan ketika wafat kedua-duanya dimakamkan sekali di mesir.

Pengajaran dari kisah ini. Kita sebagai manusia tidak mampu dan layak untuk mencampuri urusan ketuhanan dalam memilih siapa bakal kekasihnya. Sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah kita wajib ada Teguh cita-cita, Ikhtiar Usaha dan Rangkaian doa dalam setiap pekerjaan dan menyerahkan segala natijah atau keputusan kepada kebijaksanaan Allah jua.
-------------------------------

Datang Benar Hancur Binasa Bathil

Aku Harungi Lautan Kejahatan Dunia Seperti Dolphin,

Aku Harungi Lautan Kebajikan Akhirat Seperti Al-Hut,

Aku Harungi Lautan Tauhid Seperti Rafraf,

Semua Yang Turun Dari Atas Keluar Dari Bawah,

Semua yang terbit ketika gelap dan cerah,

Berhenti pada tongkat guruku yang A'la lagi A'zham,

Banyak barang tiruan dalam pasaran,

Barang Asli dalam rumah Ahli,

Dapat beza dalam Majlis tandingan,

Datang benar hancur binasa yang Bathil,

Benar tetap benar Bathil tetap Bathil,

Datanglah kepada kami jika mahu barang Asli,

Nafsu tujuh Rupa tujuh Martabat,

Taulannya di luar, atas, rupanya baik atau jahat,

Tiap-tiap bergerak ditanya Guru Asal,

Dosa pahala dikira melaluinya,

Tiada Guru Syaitan Mengaku jadi Guru,

Ahli Sufi Palsu berbagai Ragam Ratib Jampian,

Lumrah Insan Kalah Pakai menang Beli.


MADAH PUISI
-----------

Barakah Ijabah bg yg berpautkan Murabbi,

Nyatalah limpah ruah airi taman taman indahan ruhani,

Mesra lalu menyegarkan sinar seri pohonan nurani,

Mekar harumlah bunga bunga pengenalan dan berbuahlah manis ASLI yang ranum tersembunyi,

Redup damai berayun pada luas tamanan Qudsi,

Lalu yg diberi ruang intaian kan tilik memerhati,

Pun yg diberi pintu memandang kan terdiam menunduk malukan diri,

Yang diberi halaman hampir kan berlutut sujud haru sayu tangisi,

Malah yg di ajak berbuai kan hilang dlm deru merduan alunan nyanyi,

Menghadirkan rasa rindu utk kita menginginkan kembali,

Seumpama diri yg dipernama,

Selari berdiri lalu membenar menerima,

Dan kian perhilangkan di atas ulia mekar makna,

Ikutan terbaik pada lurus jinjing junjung melaksana,

Susunan meningkat qubah menara perwira,

Segak menegak lapik berlapiskan lantai setia,

Tulus mulus matlamat tujuan tak condong dek gegar ujibala,

Desing bingit dalaman namun luaran diam qiam bersahaja,

Tak cair lentur apatah liutkan tiang2 putus asa.


Pesanan.
----------

Wahai Saudara,

Pesananku Jadikan Kepercayaan Dan Jaminan,
Jalan Segera Dekat Selamat,
Tiada Bicara Barang Mana Permainan Atau Aurad Lisan Jangan Menyimpang Daripada Jalan,
Pasti Pangkat Sama Atau Lebih Tinggi,
Hadir Majlis Pengajian Mahir Serta Amal Ilmu Asas,
Mengaku Murid Bagi Muhyiddin Khidir Dan Rasulullah.

Terima Dan Amal Rabithah Wasilah Asal Barang Yang Seumpamaku,
Kelompok pelaksana perintah suruhan dan larangan segera melazimi amal ibadah menuntuti darjah taqarrub di sisi Allah zahir dan bathin supaya tidak mardud dan tidak bersusah payah dengan ilmu dan amalan yang banyak-banyak serta jauh-jauh hanya memadai mewarisi kalimah taqwa kepada mereka yang ahli pada babnya dan mengaku murid kepada guru Murabbi Al-Ghausil A'zom Sultan Auliya' Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani Qaddasallahu Sirrah Sheikhi Sheikhuna Wa Murabbiyan

Tiada ulasan: