09 April, 2010

Tarbiah jiwa sufi

Gerak Global

[COPY PASTE]

Puisi - Tarbiah jiwa sufi
TARIQAT SYATTARIYYAH-NUFUSIAH.
(Tarbiah jiwa sufi melalui sebuah puisi)

Bismillahir rahmaanir Rahiim.Alhamdulillaahi Rabbil a`lamiina l-ladhzi sharaha suduura-l-a`rifin bi maaftihi wujuudihi wa zayyana quluubahum bi asraarihi wa nawwara arwaahahum bi ma`aarifi shuhuudihi wa zahhara nufuusahum bi nuuri ishqihi.Afdalu`l-salaat wa akmalu`l-tahiyaat `ala sayyidina Muhammad saahibi`l-hawdi`l-mawruud wa`l-maqaami`l-muhammadil`l-mahmuud wa`alaa aalihi wa sahbihi ajma`in wa`l-hamdu li`Llaahi rabbi`l-aalamiin.

Assalamu`alaikum. Selamat berbahagia dan selamat sejahtera semua dengan barokah rahmat Allah Tuhan samesta alam. Amiin.


(SEKUNTUM MAWAR WANGI SUFI SEJATI)

Bila pendosa berduka dan cemas

dalam bersalat hati tunduk khusu`.

Bila menjadi arif

mulia dan girang dengan mawar rindu

mengekal suatu toleransi dengan Nya

dalam bencana dan nikmat.



Aku dilahirkan disini dan dikurniaNya bersama nikmat-rahmat

semoga pulang ku nanti tidak semata dengan tangan kosong

di terima baik kehadiran ku di hari kiamat dengan selamat.

Demi Wajah Suci Mulia Mu dan Maha Agong

Aku maujud dalam naungan Mu

aku hidup dalam genggaman mu

Engkau sajalah pengurnia bahagia

justeru bagi Mu lah segala puji dan puja .



Oh Tuhan ku, aku bermohon

keluarkanlah dahulu daku dari duniawiyah

sebelum Dikau keluarkan aku dari dunia maya

agar aku berwara` dan berqana`ah

merdeka lagi mulia jiwa

mendengar kata

taat dan siddiq

mawas diri

sabar billaahi.



Hadapkan jiwa raga pada Mu saja

memandang Mu Al Haq biar menyeluruh

agar aku ikhlas dan khalis yang sungguh

sehingga dalam kamar mandi yang gelap gelita

terasa malu terhadap Mu Sang Maharaja penguasa

inikan pula di majlis penghadapan Mu Yang Maha Tahu

sedetik berpaling daripada menghadap wajah Mulia Mu

malu aku sungguh terharu murka Mu tercelalah diri ku

kerana dalam segala sesuatu Engkau yang bertitah perintah

Engkau mengentahui segala yang terang dan entah berantah.



Tuhan ku

Engkau perlihatkan daku

waktu yang benar

tempat yang benar

orang yang benar

jiwa murni ada firasat

cinta abadi lagi barokah

tidak `farq` tidak `jame`

tapi `Jam`ul jame`

yang `syathar`

bukan yang `satar`

tapi`Muhaqqiq`

yang sungguh tahaqqiq.

jadilah aku Marjan antara batu akid.



Andai sesuatu dosa dan noda yang kau selalu kesali

tidak mengapa asalkan dikau telah ukirkan tobat sejati

tetapi jikalau berbuat suatu kebajikan jangan kau ungkiti

lupakan lah bangga diri

godaan nafsu mencelaka diri.



Tanda celaka diri

keras hati

mata hati beku

sedikit malu

keinginan keras derhaka uji

panjang angan angan duniawi

lupakan ajal tak ingatkan mati

syirik bida`ah meninggi diri.



Berbahagialah jika ada akal sempurna

dapat melawan hawa nafsani

pengentahuan pun mencukupi

tentang kejahilan diri

pandai pula mensyukuri nikmat Ilahi

dikurnia karomah ma`nawiyah

bukan keromah khisyiah

lalu menerima suatu pencerahan berserta tajalli

hal diluar batas indera dan pemikiran manusiawi.


Jangan buang kasih Mu pada ku

nanti tersesat aku pada jalanan

biar lah aku tinggalkan `AKUAN`

untuk Mu

dengan Mu

aku milik Mu

jangan aku menjadi murid dustaan

jangan aku menjadi hanya arif fasihan

jangan aku menjadi pengkhianat cinta Tuhan.



Ketika aku sebutir tiram tidak berharga

hadir di majlis arifan mulia

aku di suruh diam.

aku pun diam.

Pencerahan bermula

ketika itu lah bijana jiwa menyerap cahaya mutiara

potensialitas luar biasa lain daripada pemikiran biasa

langit bagai berputar

aku bertalwin gila

mencari sebenar manusia

pemurah terhadap sesuatu yang sedikit

bersikap wara` dalam keadaan menyendiri

menyatakan kebenaran dihadapan yang ditakuti.

Langit tenang aku siuman

Si raja perintah orang

Sang arif perintah raja

pipit menangkap enggang

tamkin melampaui talwinan.



Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia ada bersabda

berbicaralah kepada sesiapa menurut tahap pengertiannya

kerana imformasi yang faktual pun tidak akan berguna

andaikata kemampuan mengertinya tidak sempurna.



Mengenal Allah ilmu terpelik

Allah itu tidak ada bandingan Nya walau sedikit

Namun Ia mewajibkan makhluk mengenali diriNya.

Orang bermakrifat dengan Allah selalu hadir bersama

kerana tidak ada yang disaksikan melainkan Dia

bila ia mabuk al-masbak

lisan makhluk pun dikatakan kalam Al Haq.

ia pertanda berkembang sekuntum mawar wangi sufi qalandiahan

begitulah hadiah lestari cinta ketuhanan dari Maha Penyayang

jika menerima walau pun setitis mawaahib mahbbah sebagini

diterima pula dengan berlantar rindu daripada pangkuan QudrahNya

maka tujuh puluh tahun ibadah tampa cinta khaashs sebagini

manakan sama dibandingkan dengan yang menerima anugrahNya?





Laa ilaaha illallaah

Ya Allah

Ya Huwa

Ya Haqq

Ya Hayyu

Ya Qayyuum

Ya Qahhaar

Ya Jabbaari

tanggalkan kulit makanlah isi

itu maknanya tauhid hakiki

ucapan lisan kalimat mulia tampa keyakinan

lancar juga dilisan pada siapa munafiqin

justeru apabila tujuan telah pun tersunting

jalan dan pintu gerbangnya tidaklah penting




Tanam lah diri di dalam bumi yang sepi

jangan merasa kaya dalam faqir diri

jangan merasa mulia dalam hina fana

jangan rasa terkenal dalam secebis sinar



Jika datang waaridaati ahwal

bermakna bermula pengertian ketuhanan

bukan perkara angan angan

itu rahsia kerohanian.

Kemana condongnya hati?

ikutlah hawajis

jangan turuti waswas sih!

Jangan dituntut karamah sakti

tuntut lah istiqamah sejati.

ikuti lah nasihat nabi.



Jangan di langkah sejadah imam wali

ditakuti buta hati mu nanti

dengannya lah kau di jemput masuk ke hadratul quds

dan bathul -in`s

kau di persalinkan dengan muhadatsah

dikalongkan dengan mujalasah

dan minumlah dari piala kebajikan Al Qudsi

terimalah persalinan al-Eaqlqat kebenaran Ilaahi.



Kembalilah turun wahai satria spiritual

disini sedang menuggu seorang anak darwis tua

sedang ia dalam dahaga

andaikata engkau ketemui dia

jangan kau terus tuang kepadanya arak dari piala cinta

dia akan mabuk beruk bukan mabuk cinta bahagia jiwa

tuang lah segelas air putih dangan penuh rasa sakhaa

dan seputung roti kering pun sudah cukup buat dirinya.

lalu engkau berceritalah kepadanya tentang:

Kemurahan hati Ibrahim al-khalilullah.

kepasrahan nasib oleh Ismail a.s.

kesabaran Ayub a.s.dalam penantian

kepetahan dan kebijakan komunikasi Zakaria a.s.

bersepi tajrid sepertinya Yahya a.s.

keikhlasan hati Musa a.s.dalam munajat terhadap Tuhan

berkalandar cinta Ilaahi Isa a.s. terhadap Tuhan Maha penyayang

Keluhuran dan kerendahan hati Muhammad s.a.w pembawa rahmat Tuhan semeta alam.



Kenalkan diri kenal lah Tuhan

kenalkan perintah kenalkan larangan

kenalkan musuh sebenar kenalkan lawan

kenalkan kewajipan terhadap Tuhan

barulah di bawa masuk kerumah tuan.

biar penuh ilmu dalam bijana hati

biar berilmu di hujung lisani

berilah cermin penyuluh tafakur diri

renungilah kebaikan dan kejahatan

yang bersarang didalam diri bersendirian

barulah diajar menatap keagongan

dan menghayati kebesaran Tuhan

dengan dzauq dan waajidan.



Bila ia mohon permisi pulang

hendaklah berpesan:



senentiasa lah berlurus hati

beradab sopan di hadhrat tilikanTuhan

bertauhid bersyariat

biar siddiq biar wara`

lumurilah mata dengan debu debu

dari jejakan Muhammad s.a.w.

biar ikhlas engkau selamat dari terhijab

jangan terkecoh dengan hebatnya keramat

nanti kesombongan keangkuhan menggoda amat

menjadi takabur bahaya nanti terlaknat.



Bersama orang yang baik

lebih baik daripda apa yang kau fikir baik

bersama orang yang buruk

lebih buruk dari engkau melakukan perkara buruk.

jangan bersahabat(berguru) dengan orang yang tidak mengasihi mu

kecuali dia saorang yang bersih dari noda dan dosa serta cukup berilmu.



Jalan menuju Al Haq itu banyak

sebanyak nafas makhlukNya

boleh jadi melalui setitis air saja

kau terpimpin sampai kepadaNya

atau pun melalui suatu perintah kompleks

baru kau boleh berubah `hal `yang rumit

rasa malu dalam berbuat kebajikan

lebih besar daripada rasa malu

terkena perbuatan maksiat

ini lah maksud engkau berubah

dalam ` hal`yang rumit.



Bilamana kebenaran telah masuk kedalam hati

kehendak Ilahi mengalir melalui lidah sang wali

engkau akan melihat sesuatu dengan cahaya Ilahi.

Pabila engkau menyebut iyyakana`budu ikuti lah syariat

pabila engkau kata iyyakanasta`1nn ikuti lah hakikat

dengan ittisal jangan infisal.





Ya Allah

Ya Rahman Yang Maha Pengurnia rahmat

Ya Ghafar Yang Maha Pengampun dosa kurniakan selamat

Ya Baqi Yang Maha Abadi tidak terjangkau `akal walau pun sihat

Ya Ahad Yang Maha Esa Zat tidak serupa dengan sekelian kai`nat

Ya Jabbar Yang Maha Perkasa memerintah dalam dunia dan akhirat

Ya Khalik Yang Maha Pencipta pimpinilah hati ku jangan jadi khilaf



Awas !jalan iman itu banyak samar nya wahai teman

jalan Iblis syeitan laknatullah banyak dan terang

hendaklah demi kerana Allah melakukan hal sekelian

sambil kemasnya tamkin pegangan tentang keesaan Tuhan.

Allah...Dialah yang selalu berada dalam kebesarannya yang baru.

Menukar ganti,merobah , memuliakan dan menghinakan.

mencerai beraikan atau menghimpun berhimpun

`Likulli ajalin kitaabun` (Qs,ar-Ra`dh 13:38)

`Ertinya:Bagi tiap tiap masa ada ketentuanNya`

bermunajat berdoalah menyatakan kefakiran kepadaNya.



Carilah pemimpin penunjuk makrifat Ilahi

memimpin hati kepada pemilik semua hati

membuka hijab pengganti nabi dengan izin Ilahi

mengenal Allah Ilahi Rabbi

membungakan cinta muhabbah sejati

menggapai ketinggian mertabat rohani

dapat mencium sekuntum mawar suci

di alam abadi.



Selami lah di sini rahsia kematian

dipusat jantong kehidupan mu

kehidupan dan kematian adalah satu

sebagaimana sungai dengan lautan

antara pasang surutnya air lautan

hanya lah deburan ombak kegelisahan

apabila nafas terhenti

dengan suka hati

bebaskan diri

menuju Ilahi.

Apabila di panggil berdiri di hadharat Mulia Sang Ratu

dijamah mesra kepala satria spritual Setia yang Merindu

itulah petanda mendapat restu cinta kasih nya yang dulu

Engkau kini pasti akan sejahtera disampingNya

walau segementar mana pun jiwa mu ketika itu.

Selepas melewati peristiwa qabdh di hadhrat suci

engkau bolehlah menari menyanyi sesuka hati mu

atau meminum setegok anggur suruur surgawi

dalam belaian rindu basth bidadari suci.

Tetakala itu engkau teringat lah

bacaan pemimpin rohani rabbani mu

ketika masih hidup di alam dunia duhulu:

Saksikan:

`Beberapa wajah pada hari itu berseri seri,(tampak padanya tanda riang gembira dan nikmat).Merasa puas kerana usahanya(Kerana dahulu ia selalu patuh pada tuntunan nasihat agama Allah dan Rasulullah s.a.w).Dalam surga yang tinggi(tersusun tinggi mengikut tingkat darjatnya).tidak terdengar kata kata laghu tak berguna atau jelek.Di dalamnya mata air yang selalu mengalir.Di dalamnya tempat tidur (istirahat) yang tinggi.Dan gelas gelas tersedia lengkap.Dan bantal bantal yang tersusun rapi.Dan permaidani yang terhampar luas. `(QS:Al-Ghasyiah, 8 hingga 16)


Amiin.Ya Rabbal aa`lamin. Begitulah hendaknya ganjaran yang akan kita semua terima dari Allah kekasih yang Maha Pengasih dan penyayang di alam abadi. Insa `allah.

Tiada ulasan: