27 Disember, 2009

DUNIA MELAYU ISLAM

Petikan dari laman/blog http://www.abjadmalaysia.blogspot.com
RINGKASAN PENYEBARAN DAN
PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM
DI KEDAH DARUL AMAN
RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM DI
KEDAH DARUL AMAN
Ditulis dan disusun kembali oleh BlogMaster (Pok Nik)
Nota Khas : Terdapat banyak pindaan terpaksa dilakukan kerana input-input baru
yang diperolehi supaya artikel ini ditulis dengan fakta yang setepat-tepatnya.
Diminta para pembaca agar sentiasa mengunjungi blog ini untuk mendapatkan
versi terbaru artikel ini. (Pindaan Terbaru : 27 Oktober, 2009)
Penghargaan :
Al-Allamah Tuan Guru Haji Ustaz Ahmad Junaidin bin Haji Che Din (yang telah
memberikan blogmaster kebenaran serta semakan rasmi ke atas artikel ini)
Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah
memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum
Kurdis (Kalahar) .
Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa
berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan
New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan
membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai
Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itu
baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (Lihat Nota 1).
(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan
Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati
dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan
kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram
(Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan
serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta
rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa
membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walau
bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya
dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah
Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat
di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang
balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya
dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada
1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram
yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali
lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang
menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita
jatuh ke tangan Chola.
Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta
Maharaja Rom ( Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(Lihat Nota 2) untuk
membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda
berasal dari Gumarun (Lihat Nota 2), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan
suku Iran lain yang lebih kuat.
(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang
pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama
menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali
sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan
perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambang
kenderaan Dewa Wisnu).
Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa
mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat
menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.
Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi
kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkan
lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (Lihat
Nota 3) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid
di Baghdad.
(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke
timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan
Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur
Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke
Langkasuka dan Pantai Timur.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (Pengasas Silat Abjad) telah menceritakan
kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan
Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh
Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari
keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal
Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin
Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.
Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam
Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakanrakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul
Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh
Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan
sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersamasama
11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531
Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II
Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika
itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan
pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir,
istidraj dan lain-lain.
(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu
kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalanghulubalang
Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan
Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah
Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai
rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya
baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua
kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para
pembesar dan pegawai-pegawai Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada
Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.
Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam.
Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan
berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-
Qumairy.
Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada
Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (Lihat Nota 5) dan lain-lain yang mana
mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masingmasing.
Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari
China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.
(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul
pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah
menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk
mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651
menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni
(Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah
memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang
dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China.
Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersamasama
umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di
negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan
payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan
Ulama-Umara)
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru
sebagai AL-MALA-U (Lihat Nota 6) bersempena satu kalimah Arab yang
bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang
pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan
berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang
dikenali hari ini.
(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga
Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna
kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala
Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang
menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi
Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.
(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA
ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama)
(menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya
Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah)
Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM
ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua
pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha
di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy
kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka
dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga
bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman
Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik
(indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat
hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga
baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat
agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan
Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai
ayahanda angkat baginda.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak
Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan
tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar
Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy
dilaksanakan.
Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum
kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya
dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan.
Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.
Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba
beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh
Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di
samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh
Abdullah Al-Qumairy.
--------------------
Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian
gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul
Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip
maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama
yang mempunyai akhlak yang tinggi.
Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman
yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (Nota 7) bahawa
baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim
Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :
"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan
Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India
dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."
Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan"
daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan
Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.
(Nota 7 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh
Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah)
untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu
Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan
Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri)
Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud
Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin
Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan
melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu
Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak
pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun
peluru yang mengena mereka)
--------------------
Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai,
Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan
percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta
penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara selepas Siam dan
China tidak campurtangan lagi.
Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan
Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan
menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai
pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang
menjadikan umat manusia rata-rata :
a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain
Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya
merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul
Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an
Selain itu, mengikut satu laman web (lihat rujukan), penjajah telah banyak
melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman
penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu
Islam untuk bangkit kembali.
Kenapa penjajah melakukan sedemikian rupa terhadap Melayu Islam?
Jawapannya ialah penjajah ketika itu rata-rata berpayungkan satu fahaman sesat
Yahudi dari Kumpulan Illuminati/New World Order (berlambangkan mata
Horus/Osiris – iaitu Mata Dajjal) yang dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Priory
of Psion (Zionis) dan Opus Dei (juga berperang sesama sendiri kerana kefahaman
yang berbeza terhadap Nabi Isa a.s.).
Salah satu kesimpulan dari misi Zionis yang tercatat (secara simbolik) dalam
Protocol of Zion ialah untuk
“Memusnahkan agama samawi (Islam) yang dbawa oleh keturunan Nabi (Ahlul
Bayt), Raja-Raja serta diwarisi oleh Ulama Warisatul Anbia (yang dianggap Zionis
sebagai agama palsu)”
Zionis sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari
kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan
mereka.
Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt
keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur
Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan
Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah
bagi memerangi Imam Al-Mahdi.
Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila Inggeris melabelkan pahlawan
Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak
(rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam
sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa
satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah
mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.
Kini kumpulan Illuminati diketuai oleh Black Pope, Count Kolvenbach (The Jesuit)
dan dibantu oleh satu kumpulan elit baru zionist dunia yang dikenali sebagai
kumpulan Bilderberg. Pelbagai cara dilakukan (termasuk menggunakan teknologi)
untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam.
--------------------
Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist
serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu
Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul
bait (berpaksikan Dua Kalimah Syahadah) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal
Nusantara iaitu :
a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas
Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :
Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima
Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan
Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fatani),
telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan
Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga
Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh
Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi
Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul
Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,
(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan
Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang
Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami
kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin
b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di
Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu
Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan
Darulnaim
Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh
Yusof Al-Kenali (Tok Kenali).
Mengikut satu laman web :
Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan menaruh
pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan serta peranan
majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai media-massa yang berpengaruh
untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas kesedaran itulah beliau tampil
mempelopori usaha memimpin majalah ‘Pengasoh’ yang diterbitkan oleh Majlis
Agama Islam Kelantan walaupun beliau terbeban dengan tugas-tugas besar yang
lain. Ini dapat diperhatikan dalam tulisannya dalam keluaran pertama majalah
‘Pengasoh’ :
“ Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada medan kuda ini.
Sekiranya jika ada orang yang mengenangkan pekerjaan saya ini berhentilah
saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari
kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekelian
penembak. Jika tidak ia pejam matanya, nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi
tatkala adalah yang dituntut daripada sesorang itu manfaatnya atau
mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri dalam lautan api yang sentiasa
bernyala-nyala. Selama ada angin yang baik itu tiadalah puas hati saya mati
sebelum saya lihat perubahan yang baru lagi elok ……..
Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang
usaha pada menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini, maka cintalah
saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam
Semenajung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang
dipunya oleh anak-anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana
menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang
mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama ………….
Cuba engkau tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan
kerana amalan yang kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh
kerana amalan yang kejahatan , maka disitulah ‘Pengasoh’ bertimpus
membedakkan sekelian yang hadir dengan bedak pengharapan , mudahmudahan
subur sekelian dengan darah dan daging yang boleh menghadamkan
tanahair dan menunjukkan kepada raja."
Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan
Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :
1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol
Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang
(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi
PEKEMBER)
Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain
untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala
ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad
yang sah) menerusi talqin dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga
dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama
merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.
Kini, perjuangan ini telah diwariskan oleh Persatuan Warga Melayu
Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad
(Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi muzakarah ulung Warga Melayu
pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan 20 Mac 2008 Masihi yang diadakan
di Pusat Pengajian Assalam, No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
--------------------
Ahlul Bait
1) Dari keturunan/nasab terus (secara talian darah) dengan Rasulullah S.A.W.
(menerusi Sayyidatina Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w.),
(biasanya menggunakan gelaran 'Syed' dan nama-nama keturunan - Al-Habshi,
Al-Edrus, Al-Attas dll)
2) Dari satu keturunan/kaum keluarga/kerabat baginda S.A.W. (Bani Hashim),
3) Mereka yang diisytiharkan sebagai 'keluarga' baginda seperti Zaid bin Harisah
dan Salman Al-Farisi,
4) Ulama Warisatul Anbia - mencintai Allah SWT dan Rasulullah S.A.W. (dan
sunnahnya), memiliki akhlak/budi pekerti yang tinggi (zahir pada diri mereka
Uswatun Hasanah, Rahmatul 'Aalamiin, Huluqin 'Azhiim dan Makarimul Akhlak)
pembela agama - dikatakan sebagai pewaris asabah* keturunan Nabi Muhammad
Rasulullah S.A.W.
* Firman Allah SWT :
”Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu (dzurriyah)nya mengikuti
mereka dalam keimanan, maka kami golongkan anak cucu itu kepada
mereka (orangtuanya). (QS: Al-Thur :20)
(*Mengikut kajian Ustaz Ahmad Che Din dan Ustaz Haji Idris Haji Mahmud - hal
ini juga dikaitkan dengan maksud sebenar Itrah Ahlul Bait iaitu : ahli yang
sesuai dinasabkan kepada Rasulullah SAW atas nasab keimanan termasuk sanad
perguruan yang disahkan bertalian sehingga Rasulullah SAW)
5) Mereka yang memiliki kesemua ciri-ciri 1-4 (atau kesemua 1-4 juga dipanggil
ahlul-bait)
--------------------
Rasulullah SAW bersabda:
"Setelah aku wafat (dan) setelah lama aku tinggalkan (dunia ini), umat
Islam akan menjadi lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan
(mengambil peluang) menindas mereka (umat Islam) bagaikan orang
yang makan dengan rakus.”
Sahabat bertanya,
“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh terlalu kuat?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Bahkan mereka (umat Islam) pada masa itu (jumlahnya) lebih ramai
(dari sekarang) tetapi tidak dapat memberikan apa-apa manfaat (tidak
berguna), tidak dapat memberikan apa-apa erti (kesan) dan musuh
(orang kafir) tidak takut (gerun) akan mereka. Mereka (umat Islam
ketika itu) ibarat (hanya) buih di lautan.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi (hanya) seperti buih di lautan?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Kerana (mereka dilanda) dua penyakit iaitu Al Wahan.”
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu Al Wahan?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Cintakan dunia dan takutkan mati".
Dari Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dan dari pada Nabi SAW
sabdanya:
“Kalaulah usia dunia ini hanya tinggal sehari (sahaja lagi), nescaya Allah
akan panjangkan hari berkenaan sampai diutuskan kepadanya seorang
lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku dan
nama ayahnya sama dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan
keadilan sebagaimana (ketika itu) ia telah dipenuhi dengan kezaliman”
Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan
Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya :
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anakanak
muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan (wajah) mereka,
maka Rasulullah berlinangan air mata dan wajah beliau berubah (muram/sedih).
Akupun bertanya :
“Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.
Beliau menjawab :
“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia.
Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah
Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun
berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang
mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka
menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang
memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan
kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka
datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya
dialah Al Mahdi.”
Dari Tsauban r.a. Sabda Rasulullah SAW :
“Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati
mereka kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang
mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada
mereka sekalipun merangkak di atas salji. (dari Al Hasan bin Sofyan dari Al
hafiz Abu Nuaim - dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda :
“Ulama itu adalah pewaris Nabi (Ulama Warisatul Anbia)”
Dari Ahmad dan Muslim dari Anas, Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Dajjal yang diiringi oleh 70,000.00 tentera Yahudi Isfahan yang
memakai toga”
------------------------
Rujukan
1. Gagasan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu – Modul Memperkasakan
Bangsa dan Negara – menyelesaikan segala masalah serta mematikan segala
hujjah dan menghidupkan bumi yang mati – di tengah-tengah kegawatan dunia
penuh pancaroba, bergolak dan huru-hara – Oleh Al-Allamah Tuan Guru Haji
Ahmad Junaidin bin Che Din dan Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Idris bin Haji
Mahmud Nasri Osmani, Persatuan Warga Melayu Malaysia dan Yayasan Angkatan
Bina Jati Diri.
2. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan bin Muhammad
Arsyad.
3. Sejarah Kedah – Buyong Adil – DBP 1980.
4. Rancangan Zionis Memusnahkan Islam dan Nasrani dari Laman veilopen.
blogspot.com (The Truth Now In Malaysia)
5. Rujuk silang kepada Hikayat Merong Mahawangsa, bahan sejarah mengenai
Empayar Srivijaya, Raja-Raja Pasai dll.
6. Rujuk silang kepada khazanah tulisan Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah
7. Perbincangan dengan pengkaji sejarah seperti Tuan Haji Idris bin Ali Muda
Nasution, Mahaguru Seni Silat Firasah
-----------------------------------
(Ringkasan Sejarah dalam Bahasa Inggeris - kandungan artikel berikut bukanlah terjemahan
kepada artikel Bahasa Malaysia di atas)
Kedah Sultanate
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Sultanate of Kedah was the earliest sultanate in the Malay Peninsula and arguably the
earliest in Southeast Asia founded in year 1136.
Kedah Kingdom
Kedah Kingdom (630-1136) was founded by Maharaja Derbar Raja of Gemeron around 630
CE and the Hinduism dynasty ended with Phra Ong Mahawangsa converted to Islam.
Conversion to Islam
The 9th Hindu Rajah of Kedah Phra Ong Mahawangsa converted to Islam and changed his
name to Sultan Mudzafar Shah, and he ruled the northern region of Malay Peninsula from
1136 to 1179. According to the Kedah Annals, the first Raja of Kedah was Maharaja Derbar
Raja, a fleeing king from Gameron of Persia.
History
Around 170 CE a group of native refugees of Hindu faith arrived at Kedah, joining them soon
were peoples from nearby islands and from the northern Mon-Khmer region. Ancient Kedah
covered the areas of Kuala Bahang, Kuala Bara, Kuala Pila and Merpah, and the inhabitants
of Kedah appointed Tun Derma Dewa and Tun Perkasa as their village chiefs.
The king from Gemeron
In the year 630 CE, Maharaja Derbar Raja of Gemeron (now known as Bandar Abbas) in
Persia was defeated in battle and escaped to Ceylon, and he was later blown off course by a
storm to the remote shores of Kuala Sungai Qilah, Kedah. The inhabitants of Kedah found
him to be a valiant and intelligent person, and they made him the king of Kedah. In the year
634 CE, a new kingdom was formed in Kedah consisting of Persian royalty and native Malay
of Hindu faith, the capital was Langkasuka.
The Nobat
The Nobat musical instruments of Nagara and Nepiri were introduced to Kedah by Maharaja
Derbar Raja. The instrument is also called semambu. The band is led by the king, and it
consists of drums, a gong, a flute and a trumpet. Today, Nobat is a Royal orchestra, played
only during royal ceremonies such as inaugurations, weddings, and funerals. The building
which houses the instruments and where the ensemble rehearses is known as the Balai
Nobat, literally the Office of Nobat.
Kedah Sultans
This is a list of Sultans of Kedah. Dates of reign are given beside the names of each sultan.
Sultan Muzaffar Shah I (1160-1179)
Sultan Muazzam Shah (1179-1201)
Sultan Mohammed Shah (1201-1236)
Sultan Maazul Shah (1236-1280)
Sultan Mahmud Shah I (1280-1320)
Sultan Ibrahim Shah (1320-1373)
Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422)
Sultan Atadullah Muhammed Shah (1422-1472)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin I (1472-1506)
Sultan Mahmud Shah II (1506-1546)
Sultan Muzaffar Shah II (1546-1602)
Sultan Sulaiman Shah II (1602-1625)
Sultan Rijaluddin Shah (1625-1651)
Sultan Muhiyuddin Shah (1651-1661)
Sultan Ziauddin Al-Mukarram Shah (1661-1687)
Sultan Atadullah Muhammed Shah II (1687-1698)
Sultan Abdullah I Al-Muazzam Shah (1698-1706)
Sultan Ahman Tajuddin Halim Shah I (1706-1709)
Sultan Abdullah II (1709-1723)
Sultan Atadullah Muhammed III (1723-1741)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin II (1741-1778)
Sultan Abdullah Makarram Shah III (1778-1797)
Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II (1797-1803)
Sultan Ahmad Tajuddin II Halim Shah (1803-1843)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II (1843-1854)
Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah (1854-1879)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III (1879-1881)
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
Sultan Badli Shah (1943-1958)
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1958-)
Early History of Kedah
Kedah is one of many early Malay Peninsula trade centres that have been found, many have
yet to be identified. Its location at the entrance to the Straits of Malacca, on the same latitude
as south India provided a natural sailing route between the two points, ships could sail due
east or due west on the Bay of Bengal without danger of becoming lost. Early west coast
trade centres are few in number as they were overshadowed by Kedah. After the 7th century,
Kedah was subjugated by Srivijaya but due to its well known, the Indian sources continue to
depict Kedah. Early Kedah supplied the most in tin and jungle products such as rattan, resin,
honey, beeswax, elephants, ivory, areca nuts, sepang wood and black woods, and profited
from tax collections.
The early transpeninsular routeway is part of the Spice Route (Sea trade route from Arab,
Persia, India to China) that occurred in the Malay Peninsula, as the route through the Straits
of Malacca does not seem to have been in general use. Early sea traders reached the coast
of the peninsula, they let the local porters transport their goods, using rafts, elephants and
manpowers. The porters propelled along the rivers (Kelantan River, Pattani River, Pahang
River, Muda River, Bernam River, Muar River, and others) to the opposite coast of the
peninsula. The Sungai Muda in particular favoured the development of Kedah.
The early history of Kedah can be traced from various sources. From the prehistoric period to
the archeological site of Bujang Valley, the early Maritime trade of India, Persia, Arabs to the
written works of early Chinese pilgrims and early Chinese records, the Hikayat Merong
Mahawangsa (known as Kedah Annals) to Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. In the early
days, Kedah was known by the Indians as Kedaram, Kidaram, Kalagam and Kataha, and
Kalah or Kalaha by the Persians.
Origins
Prehistoric Malay peoples began colonizing the coastal areas and remote islands of the
Malay Archipelago approximately 5'000 to 10'000 years ago. Their previous homeland isn't
known for sure; one theory has them migrating from Yunnan along the Mekong River, while
another theory has the Malays originating in Taiwan and traveling by sea to the Philippines
and Borneo.
Ancient History
Whatever their origins, the Malays became great seafarers, colonizing as far as New Zealand,
Hawaii and Madagascar. In some regions they intermarried with the local inhabitants (Orang
Asli, India, the Persian Empire, Arabs, Han Chinese, etc.), becoming the Deutero-Malays.
Trade connections between the Malays and Tamilakkam (Southern India) were close during
the reign of the Pallavas, from the 4th to 9th centuries CE. These relations helped spread
Indian culture and religion to the Malays, and also lead to the emergence of Indianized
kingdoms like Old Kedah (Kadaram), Langkasuka, Funan, and Champa.
Some Greco-Roman merchants in the 1st century CE described huge non-Indian ships
coming from the east with rich cargoes, possibly from the Malay Archipelago. This would
indicate that the Malays participated actively in the Indian Ocean trade and likely handled
much of the traffic between Southeast Asia and India.
Three kinds of craft are described by the author of the Periplus: light coasting boats for local
traffic, larger vessels of a more complicated structure and greater carrying capacity, and lastly
the big ocean-going vessels that made the voyages to Malaya, Sumatra, and the Ganges.
Medieval History
Early in the Medieval era, Kedah became part of Srivijaya (the dominant Malay state and a
major power in the Indian Ocean trade). This led to rivalries with the Indian states, especially
the Cholas from the 9th to 13th centuries CE. The Cholas had a powerful merchant and naval
fleet in the Indian Ocean and the Bay of Bengal. In the early 11th century, Chola King
Rajendra Chola I sent an expedition to invade Kadaram (Sri Vijaya) on behalf of one of its
rulers who sought his assistance to gain the throne. Chola dominance was brief, but
effectively crippled the power of Srivijaya.
In ancient Kedah there is an important and unmistakably Hindu settlement which has been
known for about a century now from the discoveries reported 1840s by Col. James Low and
has recently been subjected to a fairly exhaustive investigation by Dr. Quaritch Wales. Dr.
Wales investigated no fewer than thirty sites round about Kedah. The results attained show
that this site was in continuous occupation by people who came under strong South Indian
influences, Buddhist and Hindu, for centuries.
An inscribed stone bar, rectangular in shape, bears the ye-dharmma formula in South Indian
characters of the fourth century A.D., thus proclaiming the Budhist character of the shrine
near the find-spot (site I) of which only the basement survives. It is inscribed on three faces in
Pallava script, or Vatteluttu rounded writing of the sixth century A.D., possibly earlier. One of
the early inscription stones discovered by James Low, at Bukit Meriam and in Muda River,
mention of Raktamrrtika. The word Raktamrrtika means ‘Red Earth’ (Tanah Merah).
Inscriptions, both in Tamil and Sanskrit, relate to the activities of the people and rulers of the
Tamil country of South India. The Tamil inscriptions are at least 4 centuries posterior to the
Sanskrit inscriptions, from which the early Tamils themselves were patronizers of the Sanskrit
language.
In Kedah an inscription in Sanskrit dated 1086 A.D. has been found. This was left by
Kulothunka Cholan I (of the Chola empire, Tamil country). This too shows the commercial
contacts the Chola Empire had with Malaya.
Kedah has a long history. The Bujang Valley has remains of a Hindu-Buddhist kingdom that
dates back to the 4th century AD, making it the oldest civilization of Peninsular Malaysia. The
current royal family can trace their ancestry from this time. According to Hikayat Merong
Mahawangsa or the Kedah Annals, Kedah was founded by a Hindu king named Merong
Mahawangsa. According to the text further, the Sultanate of Kedah started in year 1136 when
the 9th King Phra Ong Mahawangsa converted to Islam and adopted the name Sultan
Mudzafar Shah.
In the 7th and 8th centuries, Kedah was under the domination of Srivijaya, and was later
under Siam, until the rise of the Malay sultanate of Melaka in the 15th century. In the 17th
century, Kedah was attacked by the Portuguese after their conquest of Melaka, and by Aceh.
In the hope that Great Britain would protect what remained of Kedah from Siam, the sultan
handed over Penang and then Province Wellesley to the British at the end of the 18th century.
The Siamese nevertheless conquered Kedah in 1811, and it remained under Siamese control
until transferred to the British by the Anglo-Siamese Treaty of 1909.
In World War II, Kedah (along with Kelantan) was the first part of Malaya to be invaded by
Japan. The Japanese returned Kedah to their Thai allies who had it renamed Syburi, but it
returned to British rule after the end of the war. Kedah was a reluctant addition to the
Federation of Malaya in 1948.
An Indigenous style develops
The Tamils coming from Southern India and the local Malays were already using the rounded
script, or Vatteluttu writing styles which differed from the Devanagiri script of Northern India.
Vatteluttu was also commonly known as the Pallava script by scholars of Southeast Asian
studies such as George Coedes and D.G.E. Hall. The Tamil script of Vatteluttu later evolved
into Old Kawi script which was used in Java and Bali as well.
There are stone inscriptions which indicate that the Kedah region at 400 CE or before was
already an established trade centre. One of the early Malay texts include the karma verses
refers to a king named Ramaunibha, he may be the first local ruler whose name is recorded in
history. The history of this period showed the influence of Indian cultures on the region while
the locals in return, influenced the Indians in their living skills on the sea and in the hills.
Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa or The Kedah Annals is an ancient Malay literature that
chronicles the bloodline of Merong Mahawangsa and the foundation of the Kedah, a state in
Malaysia. Though there are historical accuracies, there are many incredible assertions. The
era covered by the text ranged from the opening of Kedah by Merong Mahawangsa, allegedly
a descendant of Alexander the Great of Macedonia till the acceptance of Islam.
Merong Mahawangsa was a Hindu and there were nine Hindu rulers before Phra Ong
Mahawangsa converted to Islam in 1136 and took the name Sultan Mudzafar Shah. The
annal also describes Chola's attack on Kedah.The descendants of Phra Ong Mahawangsa is
still ruling Kedah able to trace their lineage from Merong Mahawangsa.
----------------------------------------------
Dunia Melayu menurut Sheikh Ahmad al-Fathani
Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
Dipetik dan disesuaikan kembali dari : BLOG ULAMA NUSANTARA
penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab
dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori
Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1. Petikan itu ialah:
"Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu,
dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan
(dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negerinegeri
mereka adalah sesubur-subur negeri dunia.
"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari
kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi
mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-
Cina.
"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di
wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang
besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa
penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai
menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang
berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka
memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima
pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta
kecemerlangan kefahaman padanya.
"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaankekuasaan
kafir telah menipu daya mereka."
Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab
dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini
masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia
Islam terutama di Mesir.
Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di
atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu
di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis
kitab Tashil Nail al-Amani itu.
Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari
kalimatnya, "...al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah
(kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif
yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau
"ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu).
Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah
perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan "mi" (Mi-layu)
atau "ma" (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari
perkataan Arab.
Dunia Melayu - dari aspek geografi dan kesuburannya
Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, "Negeri Melayu
itu terletak di antara negeri India dan Cina". Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu
yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.
Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, "Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa
adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab
dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan
sebutan Jawah."
Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, "iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di
sana" atau di dunia Melayu. Dari perkataan "Jawah" kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun
antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan
Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.
Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, "Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang
Jawa." Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh
orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau
Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu.
Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan
pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah", dalam Hadiqat al-Azhar. Ia adalah petikan
Jaridah Al-Ma'lumat terbitan Betawi.
Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: "Adalah Kepulauan
Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa,
Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan
banyak lagi".
Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Negeri-negeri mereka adalah sesubursubur
negeri dunia ..." yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu
mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang
terkandung dalam perut buminya yang demikian luas.
Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan
spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau
nyatakan pada kalimat, "Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana
banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu
diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis
yang lain daripada kita".
Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu
Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani
melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang
paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu."
Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-
Fathani menjelaskan, "Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda,
Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]".
Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab "Bahasa
Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah ...", maka bahasa Melayu adalah
menjadi bahasa pengantar.
Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, "Sebab itulah kebanyakan orang
Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa
tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu".
Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu
hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, "Sebahagian ciri-ciri
khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya
peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun".
Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota
karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya, "Muru'ah, ertinya
"kemukaan" atau "kemanusiaan", iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan
beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan
dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya.
Dan terjemah hamba akan "muru'ah" dengan erti "kemukaan" itu, betul lagi nyata, kerana
"kemukaan" pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai
nafsu yang dipuji.
Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia
sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia.
Maka iaitulah 'ain "muru'ah" yang pada bahasa Arab, dikatakan "Si Anu itu orang yang
bermuka". Ertinya: "mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut
dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya".
Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka,
istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada
ada pada mereka itu banyak tipu daya.
Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan
setengah daripada jenis yang lainnya. Dan "kemukaan" ini lain daripada "wajahah" yang pada
bahasa Arab. Kerana makna "wajahah" itu "al-hazhu wal ratbah".
Dan iaitu bukannya "kemukaan" yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan
demikian itu i'tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan "muru'ah" dengan
"kemukaan". Maka ia berkata ia [bahawa] "kemukaan" itu terjemah "wajahah" yang pada
bahasa Arab.
Ada pun tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemanusiaan", ertinya "keadaan seseorang itu
manusia yang sempurna".
Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia
dengan segala barang yang tersebut pada makna "muru'ah" itu. Wallahu a'lam."
Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi
dengan kalimatnya bahawa orang Melayu "memiliki kehormatan yang sopan ..."
Aspek perkembangan ilmu pengetahuan
Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu
dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan.
Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu "menguasai perbaikan
pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu
pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya".
Mengenai perkataannya "menerima pemodenan teknologi" Sheikh Ahmad al-Fathani dalam
beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh
Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-
32).
Aspek kedaulatan pemerintahan
Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada
nota Tashil Nail al-Amani, katanya, "Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang
besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah
memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin".
Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang
lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang
dipegang oleh orang-orang Islam.
Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah
dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau sentuh.
RENUNGAN
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman. Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah
akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap bersikap
lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang
berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah anugerah Allah yang
diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (Anugerah/PemberianNya) lagi Maha
Mengetahui.”
Al-Maidah : 54
------------------------
Tsauban r.a. berkata : “Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah SWT telah memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, aku dapat melihat bumi
sebelah Timur dan Barat. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah
diperlihatkan oleh Allah SWT kepadaku”
Sabda Rasulullah SAW:
"Kepadaku telah diberikan dua macam perbendaharaan iaitu merah dan putih. Aku telah memohon kepada Allah
SWT untuk membantu umatku supaya mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan aku
telah memohon kepada Allah SWT supaya mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka
sendiri, sehingga kekuasaan mereka itu menjadi hancur luluh.”
Lalu Allah SWT berfirman :
“Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka keputusanKu tidak dapat diubah lagi.
Aku perkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang.
Dan Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh,
sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, melainkan bila sebahagian mereka membinasakan yang
sebahagian dan mereka saling tawan-menawan”
ABJAD MALAYSIA dan PERSATUAN WARGA MELAYU MALAYSIA telah merangka satu
formula untuk dicadangkan kepada umat manusia menerusi pengenalan satu Gagasan Melayu itu
Islam dan Islam itu Melayu.
Modul telah disediakan bagi memperkasakan bangsa dan negara dengan mendukung serta mempertahankan
hak ketuanan Melayu, kekuatan perpaduan Melayu, institusi kesultanan Raja-Raja Melayu dan kedaulatan
negara pada setiap masa.
Kami juga memperjuangkan pengekalan dalam negara masyarakat Melayu supaya melaksanakan cara hidup
Islam atas aliran mazhab yang rojeh (4 Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah)
Tauhid - Aliran Imam Abu Mathuridi atau Imam Abu Hassan As-Syaari
Feqah - Salah satu daripada Imam berikut tanpa pertindihan - Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan
Imam Hanafi
Akhlak (tasauf) - Mana-mana ulama muktabar yang ahli (faham) dalam babnya (bidangnya) umpamanya Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jilani, Imam Al-Ghazali, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Abdullah Ahmadul Badawi
(murid Syeikh Abdul Qadir Jilani) dll.
Kami bermuafakat dalam menyampaikan seruan agama Islam hingga tercapainya kefahaman hakikat tauhid
yang sah dan jelas. Kami menyatukan fahaman dan amalan untuk kekal hidup di bawah naungan Allah S.W.T.
yang Maha Esa, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W., Kitabullah dan Kiblat yang satu.
Kami menggunakan kaedah dakwah dalam ilmu dan amalan serentak rohani dan jasmani umat manusia,
beristiqamah dengan berpegang teguh kepada hukum tertinggi - Al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias.
Kami berusaha untuk mendapat kerjasama supaya dibukakan ruang seluas-luasnya bagi mengumpul seberapa
ramai umat Melayu Islam supaya bersatu dalam memperbaiki tumpuan pelaksanaan kerja dalam kehidupan
kepada keperkasaan diri, bangsa dan negara sehingga mampu mengubah tamadun manusia.
• Bangsa hendaklah menerima agama Islam maka jadilah bangsa itu bangsa beragama.
• Tempat letak agama pada diri seseorang itu ialah lidah, anggota dan hatinya.
• Seseorang yang menerima Islam dengan yakin, wajib fardhu ain menjaga agama yang ada pada dirinya pada
bila-bila masa dan di mana-mana.
• Ilmu dan amalan seseorang menjadi baja yang menyuburkan agama Islam yang ada pada dirinya selagi ilmu
dan amal itu berada atas dasar agama dan diambil serta dipelajari dari mereka yang ahli pada babnya.
• Agama Islam akan keluar daripada diri seseorang itu setelah menerimanya di atas nama murtad, munafiq,
zalim dan fasiq.
• Ilmu dan amalan seseorang menjadi racun yang membunuh agama yang ada pada dirinya sekiranya ilmu dan
amalan itu tersasar dari dasar agama atau diambil serta dipelajari pula dari orang yang telah rosak akidah,
syariat, akhlak, jihadu bi nafsi dan jihadu bil mal.
Untuk maklumat lanjut, ABJAD MALAYSIA dan Persatuan Warga Melayu Malaysia ingin menjemput mana-mana
pihak, organisasi, sektor, parti siasah, individu/kumpulan bagi menghubungi kami untuk mendapat penjelasan
yang lebih terperinci termasuk bukti-bukti dan fakta sejarah.
Alamat
No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Tel : +604-442-1498, Faks : +604-441-6502
U/P : Haji Idris Haji Mahmud Nasri Osmani

Tiada ulasan: